Media Baru Abe

18 Julai 2019

Hai para pembaca yang budiman , hari ini saya ingin kongsi perjalanan yang dilalui sepanjang minggu produksi Prosa Mania REBOOT berlangsung.Kami bahagian teknikal di benarkan untuk memasuki Panggung Eksperimen ASWARA pada hari isnin 8 Julai 2019.Saya bertugas bersama ahli kumpulan teknikal yangnlain seperti yang telah di amanahkan oleh ketua kami.Segala pembahagian tugas telah di atur dengan sempurna dan tertib.Dan saya sebagai pembantu kepada ketua bagi bahagian penata cahaya iaitu saudara Aiman Iskandar di tugaskan untuk memasang lampu di setiap palang seperti yang telah direncanakan sebelum ini dan semua berjalan lancar dan mengikut tertib yang telah di atur.Apa yang saya dapat pelajari sepanjang menjadi krew kepada bahagian teknikal adalah berkerjasama dan mengikut arahan ketua adalah kunci kepada kelancaran perjalanan kerja dan saya dapat mengenali jenis – jenis lampu yang digunakan dan fungsi lampu lampu dalam tujuan pementasan dan itu ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat untuk dipelajari.

Pementasan Prosa Mania REBOOT telah berlangsung pada tarikh 12 dan 13 Julai 2019 dan semua berjalan dengan sangat baik.Pada hari kejadian saya berada di ruang legar atas dan berkerja dalam bilik teknikal untuk menyaksikan dan membantu sedikit sebanyak apa tang perlu.Dengan kerjasama yang sangat baik diterapkan oleh semua ahli krew , pementasan Prosa Mania telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan mengalakan dari para ibu bapa pelajar , sahabat pelajar dan orang awam datang dan memberi sokongan padu untuk menyaksikan pementasan .Untuk sesi kali ini kelainan dibawa oleh pengarah kami dan para pensyarah yang banyak membantu dari segenap aspek.Terima kasih kepada semua pelajar dan para pensyarah kerana memberi dorongan dan semangat yang tak pernah putus selama produksi berlangsung.

4 Julai 2019

Hai teman pembaca , pada tulisan kali ini ,
Saya ingin berkongsi aktiviti yang dilakukan sepanjang kuliah Pengenalan Media Baru yang saya hadiri pada minggu lepas.Saya bergerak dari penempatan siswa pada jam 4 .45 petang menuju dewan kuliah utama yang dalam anggaran 400 meter dari penempatan siswa.Cuaca petang itu sangat cemerlang untuk menghadiri kuliah .Saya bersama beberapa teman yang lain melangkah penuh bersemangat untuk menghadiri kuliah Pengenalan Media Baru yang di ajar oleh seorang pensyarah yang sangat kacak dan segak iaitu Encik Simon , kelas yang sepatutnya bermula jam 5 petang terpaksa di tangguh kerana ada beberapa pelajar yang masih belum sampai.Hari itu kelas bermula jam 5 : 20 minit petang.Saya berada di kerusi pada barisan yang paling hadapan.

Antara aktiviti kuliah kami pada minggu itu .Yang pertama , kami mempelajari teknik penulisan blog dan cara-cara menulis blog dengan baik.Encik Simon memeriksa setiap laman sesawang blogger setiap ahli kumpulan yang telah di bahagikan pada minggu lepas.Semua kumpulan telah menyiapkan laman blogger dan wordpress mereka sendiri dan setiap laman sesawang berikut di hiasi oleh kreativiti setiap kumpulan dengan penjenemaan dan setiap isi kandungan yang ada.Saya di letakkan kumpulan bersama Arip , Smol dan Zati dan sangat bersyukur dengan ahli kumpulanku.Aktiviti terakhir yang kami lakukan sepanjang kuliah pada minggu lepas adalah melukis objek dan figura.Kami di beri masa untuk berkreativiti adalah sangat singkat.Kami diberikan masa selama 5 saat untuk menyelesaikan satu lukisan , maka terpaksalah saya berlari dengan otak dan hasilnya adalah sangat abstrak dan menakjubkan-

Bagaimana pendapat rakan pembaca yang di sayangi? , adakah anda tahu setiap lukisan tersebut.Jika tidak , anda tak di persalahkan jika ya anda seorang yang bijaksana.Terima kasih semua , jumpa lagi di penulisan minggu hadapan.

Website Built with WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started