17 & 18 Julai 2019
SESI TEMUDUGA IJAZAH SARJANA MUDA BERLANGSUNG
Tamat sudah perjalanan saya selama berada di pengajian Asasi Seni Kreatif 2018/2019. Kini, kami semua baru sahaja seminggu melepasi sesi temuduga iaitu pada 17 & 18 Julai 2019 untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Mudapada bulan 9. Kami diberi dua kursus dimana ia merupakan kursus terakhir kami di peringkat Asasi. Sama seperti saya, saya telah mengambil dua subjek iaitu Pengurusan Seni dan Teater. Jadi, saya hendaklah melepasi kedua – dua temuduga untuk meneruskan karier sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda.
P E N G U R U S A N ?
Jujur saya akui, kadang – kala kursus pengurusan ini amatlah mudah dan ia juga boleh menjadi sukar yang teramat sangat. Hal ini terjadi apabila kebanyakan tugasan yang dilakukan berbentuk kertas kerja yang berformat. Pada saya, kursus ini lain dari yang lain kerana siapa yang mengambil kursus ini pasti banyak berkait dengan pelbagai fakulti untuk membantu proses praktikal.
Ingin dijadikan cerita, saya pula bukan jenis pelajar yang senang mengingati format malah saya akui saya seorang yang susah untuk bekerja di bawah emosi yang tidak stabil berikutan masalah hormon yang dihadapi. Tetapi, apabila saya menyahut cabaran untuk dinilai dari jawatan Pengurus Produksi, di situ saya amat berbangga dengan diri sendiri dan berasa amat yakin untuk meneruskan Ijazah saya ke kursus Pengurusan.
Semasa ditemuduga…
Saya sangat gementar untuk ditemuduga tetapi apabila sedang ditemuduga segalanya berubah. Pensyarah yang menemuduga saya amatlah lari dari segala topik berkaitan pengurusan.
T E A T E R ?
Saya dinilai oleh Puan Engku untuk khursus teater, teater bukanlah pilihan pertama saya namun, saya percaya yang saya mempunyai bakat tersendiri untuk berlakon. Setiap pelajar diberi masa selama 5 minit sebelum masuk ke dalam temuduga. Temuduga diteruskan dengan bayangan. Puan Engku memberi satu situasi untuk pelajar untuk membayangkan dan melakonkan situasi tersebut. Pelajar juga perlu menggunakan emosi yang tepat untuk mendalami watak dan situasi tersebut.
Situasi dimulakan dengan imaginasi terhadap haiwan, manusia, tempat dan masa. Saya diminta untuk melakonkan watak yang berbeza mengikut arahan dan idea dari pensyarah teater. Disitu saya bakal dinilai akan kreativiti saya dan penggunaan idea yang luas.
K E P U T U S A N ?
Saya harus memikir dengan lebih dalam dan haruslah lebih banyak bertanya sebelum saya melakukan sebarang keputusan yang bakal membuat saya menyesal.

Leave a comment