Teknikalkal

18 Julai 2019

Hai teman pembaca sekalian , penulisan kali ini saya kongsikan gerak kerja saya sepanjang minggu menghadapi Prosa Mania REBOOT.Saya ditugaskan untuk berkerja bersama 10 orang krew yang lain dan diketuai oleh tiga orang iaitu Aiman Iskandar di bahagian penata cahaya Syaz sebagai ketua di bahagian bunyi dan Isma di bahagian Multimedia , setiap bahagian di ketuai oleh seorang pengurus teknikal iaitu Erdem.Saya bertugas pada hari isnin kami ditugaskan untuk mencabut lampu yang berada di palang dan memasang semula ikut pelan yang telah di sediakan oleh penata cahaya kami.

Selepas itu , kami ditugaskan untuk merekod segala adegan penceritaan mengikut oleh pembimbing kami iaitu Encik Zaim.Tugas untuk merekod semua adegan pementasan mengambil masa selama tiga hari walaupun agak kepenatan tapi kami seronok berkerja kerana dapat menimba ilmu teknikal dan berkerja dalam suasana yang tidak kelambkabut dan teratur.Di hari pementasan krew kami menjalankan kerja dan tugas dengan teratur dan tertib dan semua que tiada yang tergendala .Selama dua hari pementasan kami seronok dan berpuas hati melihat hasil titik peluh kami berkerja dengan baik dan tertib.Selepas habis malam terakhir pementasan kaki dikhendaki membersih dan mengosonhkan Panggung Eksperimen seperti sediakala dan malam itu kaki menyambut hasil kerja kami dengan memesan makanan dan minuman sebagai menyambut keraian kerana berjaya melaksanakan tugas atau dengan kata lain sebagai ritual pasukan teknikal.

4 Julai 2019

Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun saya bertahan hidup di ASWARA , dan menjadi seorang pelajar asasi seni kreatif , dan kini saya dan rakan-rakan seperjuangan sudah hampir menutup tirai asasi sesi 2018/2019 dan pada tarikh 12 serta 13 Julai , kami pelajar Asasi Seni Kreatif akan mengadakan projek akhir atau prosa mania yang mana platform untuk pelajar -pelajar asasi menunjukan bakat mereka dan salah satu penilaian bagi pelajar yang mengambil subjekPengurusan Seni atau sub subjeknya Projek Seni dan saya antara pelajar yang dinilai .Perjalanan menuju Prosa Mania bagi saya tidaklah mudah kerana banyak rintangan terpaksa di hadapi demi menjayakan pementasan ini , pelbagai onak dan duri terpaksa ditelan bersama dan pelbagai kisah benar dan drama buatan di sajikan sepanjang tempoh pengajian.

Untuk Prosa Mania tahun ini , produksi kami telah bersepakat untuk menjenamakan sebagai Prosa Mania REBOOT , yang mana segala hala tuju produksi di kendalikan oleh kami dan di bantu oleh para tenaga pensyarah yang tak lekang membantu dan memberi segala tunjuk ajar bagaimana sesebuah produksi berfungsi dan bergerak.Kami di bahagikan kepada pecahan pecahan pentadbiran , dan saya memilih untuk berada di bawah panji teknikal di mana yang menjadi nakhoda kapal kami adalah Erdem dan di bahagikan lagi kepada beberapa kumpulan.Antaranya , kumpulan multimedia , kumpulan bunyi dan kumpulan pengcahayaan dan setiap kumpulan ada laksmana laksmana yang menjadi ketua.Saya berada di bawah kumpulan pengcahayaan yang di ketuai Aiman Iskandar dan saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana di kurniakan ketua-ketua yang bertanggungjawab dan ahli ahli yang tak banyak ragam.Perjalanan kami sebagai ahli teknikal tiada masalah yang perlu di hadapi kerana kami mempunyai misi dan visi serta moto sendiri , iaitu , “buat kerja dan no drama” dan Alhamdullilah Tuhan memudahkan segala urusan kami di bahagian pentadbiran teknikal.

Website Built with WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started