Perkembangan FOH (W1)
Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan perkembangan kami dalam menjayakan projek akhir pelajar Asasi Seni Kreatif atau lebih gemar disebut sebagai Prosa Mania.
Secara umumnya, Prosa Mania akan diadakan pada setiap tahun dimana ia merupakan sebuah projek yang dihasilkan oleh pelajar asasi ASWARA sebelum melangkah ke peringkat ijazah.
Saya ditugaskan untuk menjadi crew department FOH (Front Of House) dimana saya akan menyambut para tetamu yang hadir ke event kami. Anggota FOH terdiri daripada Tasha iaitu selaku Head Of Department. Diikuti oleh Jeserlin, Vishintra dan saya.
Sebagai permulaan, kami telah mengikuti bengkel ProSa Mania dan kami diminta untuk mencurahkan idea untuk mendekorasi lobby di ET. Kami telah menghasilkan lakaran yang berbentuk draft kemudian, ia perlu dibentangkan semasa mesyuarat HOD diadakan.

Perkembangan FOH (W2)
Perkembangan seterusnya, saya telah diarahkan oleh HOD untuk membeli beberapa barang yang diperlukan untuk menghias photoboth. Saya telah membeli 2 gulung tali dan 2 paket penyepit kecil. Cadangan kami adalah untuk menggantung gambar-gambar sebagai hiasan.
Seterusnya, kami juga diarahkan untuk mengemas kawasan lobby utama ET dan menggantung banner serta meletakkan banting di tempat yang tertentu di lobby ET.

FOH department sebelum event, kami tidak terlalu sibuk kerana tugas kami tidaklah terlalu banyak. Akan tetapi, semasa event berlangsung, kami mula sibuk sehingga terkejar sana sini.
Perkembangan FOH (Event)
Kami diarahkan untuk mengikut dress code iaitu memakai pakaian yang warna-warni asalkan sopan. Selain itu, HOD juga telah mengagihkan tugas kami untuk menjaga tiga buah stesen iaitu meja survey, kaunter tiket dan pintu masuk.
Tepat pada pukul 8, pintu utama telah dibuka. Ramai penonton yang hadir. Kebanyakannya adalah dikalangan para pelajar ASWARA, ibu bapa, media dan orang luar.
Walaupun pada ketika itu keadaan menjadi sangat sibuk, syukur kami dibantu oleh department Logistik dan Marketing. Tidak ketinggalan juga Production Manager team yang telah membimbing kami dengan baik.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang telah kami lakukan. Kegagalan kami menjaga pintu masuk telah menyebabkan penonton keluar masuk menyebabkan ia menganggu para pelakon yang bersedia di tepi pintu untuk masuk ke pentas. Kecuaian kami telah ditegur oleh Stage Manager.
Akan tetapi, semasa hari kedua, semua kesilapan dan kecuaian kami telah diperbaiki. Kami telah menjaga pintu masuk dengan rapi. Dan pada hari itu juga, bilangan penonton lebih ramai berbanding hari sebelumnya sehinggakan kami diarahkan untuk membentang karpen kerana full seats.
Begitulah perjalanan kami selaku crew FOH. Bersyukur kehadrat ilahi kerana telah melaksanakan event kami dengan jayanya. Selain itu, kerjasama dan persefahaman juga amat memainkan peranan penting.
