Hari- hari terakhir saya bergelar seorang production manager..
Pada 12 & 13 Julai 2019, telah berlakunya sebuah pementasan yang selami ini kami nanti – nantikan. Pementasan total theater di mana pentas panggung eksperimen di gemparkankan oleh kesemua pelajar Asasi Seni Kreatif 2018/2019.
Pada minggu hari Prosa, saya sebagai Production Manager amat sibuk akan kerja dan juga tugas sebagai seorang pelajar. Disebabkan saya merupakan pelajar yang mengambil khursus Pengurusan Seni, maka saya bakal dinilai dan diberi grad kepuasan oleh pensyarah yang telah mengajar saya. Hari berganti hari, telah banyak saya lakukan demi kejayaan sebuha produksi. Titik peluh kami semua tidak lagi kami endahkan kerana disitu lah bukti kesungguhan dan juga onak dan duri yang perlu kami tempuhi.
Tugas kami berlainan, sama juga seperti saya. pada minggu ini, terdapat banyak pembuatan checklist di mana ia amat membantu kerja saya yang agak padat dan jadual yang agak berterabur. Tujuan checklist diadakan adalah untuk memudahkan kerja dengan menyenarai pelbagai aktiviti atau kerja yang harus kami selesaikan sebelum tibanya waktu yang telah ditetapkan.
CHECKLIST ISNIN 8 JULAI 2019
- Meminta gambar dari team FOH
- Sentiasa bertanya update dari Encik Adika tentang barangan purchasing list
- Mengemas kini jadual pemakanan sepanjang latihan
- Memadankan senarai tajaan serta pembelian makanan
- Membuat senarai semak terakhir sebelum menempah baju Prosa Mania Reboot
- Menyetak setiap kertas kerja yang diperlukan oleh setiap department
- Membantu proses bump in di Panggung Eksperimen
CHECKLIST SELASA 9 JULAI 2019
- Memasukkan logo 25 tahun aswara kedalam Press Kit
- Menyunting kertas flyers sebelum menyetak
- Mengambil guest book dari Encik Aizat di Pejabat Pengurusan
- Memasukkan logo terbaru aswara,gambar semasa latihan serta sinopsis penceritaan Prosa Mania Reboot ke dalam CD bagi tujuan memberinya kedia pihak media yang turut hadir.
- Membeli kertas keras untuk membuat kad jemputan
- Menyemak status perkembangan kerja setiap department
CHECKLIST RABU 10 JULAI 2019
- Memohon barangan ; kerusi muzik dan meja FOH
- Menyetak Cue Sheet Music
- Menyetak Press Release
- Berjumpa Puan Siti Fatimah untuk meminta senarai nama VIP
- Menyetak kad jemputan
- Memotong tag nama produksi
- Memotong flyers
- Mengambil dan mencatat barang purchasing list yang telah sampai
CHECKLIST KHAMIS 11 JULAI 2019
- Menyemak status FOH dan Logistik
- Mengenalpasti siapa akan mengetuai laluan jaga kaunter, pintu ruang Panggung Eksperimen, pintu kaca Panggung Eksprimen dan juga siapa bakal mengambil tugas untuk menunjukkan laluan serta kedudukan penonton di dalam panggung eksperimen.
- Membantu team FOH dalam menghias di hadapan pintu masuk Panggung Eksperimen
- Membuat surat pelepasan team Set dan Prop untuk berada di luar kawasan asrama selepas pukul 12 malam
- Memberi penerangan tentang kod pemakaian bagi setiap department
CHECKLIST JUMAAT 12 JULAI 2019
- Memastikan goodies bag cukup dan susunan pemberian teratur
- Memastikan senarai kedatangan pihak VIP bersama Puan Siti Fatimah
- Tiket pembelian penonton dipastikan sebelum pukul 3 petang
- Mengenalpasti dan membuat tinjauan semua perkara di dalam dan luar panggung eksperimen berjalan lancar
Masa berlalu sangat singkat sehinggakan kami terpaksa memastikan kesemua perkara berjalan dengan lancar. Pelbagai onak dan duri yang kami hadapi bersama. Selepas segalanya selesai, akhirnya pementasan Prosa Mania Reboot kami dimeriahkan dengan sambutan yang amat ramai atau lebih mudah digelar full house. Pementasan kami dipersembahkan selama dua hari dan ianya berjalan dengan lancar sehinggakan hari terakhir Prosa Mania kami berasa amat sedih tetapi amat berbangga akan kerjasama dan tanggungjawab yang telah di amanahkan selama lebih 2 bulan ini akhirnya berjaya kami lakukan dengan baik.
Setiap pengorbanan dan keletihan yang saya lakukan demi Prosa Mania akhirnya membuahkan hasil dan saya amat bangga akan diri saya sendiri kerana saya berjaya memikul tanggungjawab besar untuk menjadi seorang Pengurus Produksi yang berjaya.

Leave a comment