Pembelajaran Media Baru (W1-W4)

Pada awal pengajian, kami telah diperkenalkan dengan apa itu media baru dan karakteristik media baru.
Antaranya adalah manipulasi, mudah alih, padat dan interaktif. Kemudian, kami juga diperkenalkan dengan sejarah media dimana pada 776 sebelum masihi, keputusan pertama sukan Olympic telah diumumkan dengan merpati pembawa sehingga pada tahun 1994, e-surat khabar mula diperkenalkan. Selain itu, terdapat perbezaan diantara media baru dan media lama. Salah satunya, media lama mampu disebarkan pada satu tempat sahaja, manakala media baru tersebar meluas ke seluruh dunia. Hal ini kerana multimedia amat memainkan peranan dalam media baru. Ciri-ciri utamanya adalah teks, video, animasi, interaksi,audio dan gambar.
Seterusnya, pengenalan berkenaan media baru dimana ia merujuk kepada contoh media baru seperti permainan video, e-surat khabar, social media dan sebagainya. Media baru juga memainkan peranan dalam individu mahupun komuniti dimana ia membantu memudahkan penggunaan teknologi dan juga sebagai ‘alat’ perubahan cara sosial. Selain itu, peranan media baru sebagai pembantu media lama sebagai komunikasi dua hala dapat menghasilkan cara pengedaran yang baru.
Selain itu, seni media baru mula dihasilkan dimana seni dapat dihasilkan dengan menggunakan teknologi baru seperti seni virtual, komputer grafik, permainan video dan sebagainya. Dengan memasukkan media ke dalam sesuatu karya seni, ia akan lebih kelihatan lebih menarik. Sebagai contoh menggunakan LED dalam seni. Kini, terdapat art software dimana kita dapat melukis dengan sentuhan dan free hands sahaja.
Pembelajaran Media Baru (W5-W8)

Teknologi media baru kini lebih memfokuskan dari segi sudut teknologi dan membuat kandungan yang berkesan diantara kualiti dan kuantiti.
Terdapat beberapa jenis kategori teknologi media baru seperti Virtual reality, Augmented reality dan Mixed reality.
Augmented reality adalah intergrasi informasi digital dengan lingkungan penggunaan secara real. Virtual reality pula sesebuah perisian dimana pengguna menerima realiti maya sebagai dunia sebenar dimana pengguna terasa seperti berada di dalam dunia maya. Mixed reality pula gabungan dari dunia realiti dan maya untuk menciptakan suatu lingkungan dimana objek kelihatan wujud dan dapat berinteraksi secara fizikal.
Seterusnya, apakah itu media sosial? Media sosial sesebuah platform yang menghubungkan pengguna kepada pengguna yang lain. Media sosial sebelum tahun 1990, telegraf telah dicipta untuk menghantar mesej lebih jauh dan cepat daripada kuda. Ketika ini juga telefon dan radio merupakan penemuan penting pada ketika itu.
Kemudian pada abad ke-20 komputer pertama telah dicipta dan rangkaian teknologi kian berkembang dan bertambah baik dan pada tahun 1999, Six Degrees merupakan laman sosial media pertama yang dicipta.
Kini, media sosial mula menjadi popular pada awal 2000 apabila MySpace mula diperkenalkan sehingga ke hari ini, wujudnya laman media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter, Instagram.
Selain itu, apakah perbezaan diantara media sosial, website dan blog? Media sosial dan blog adalah sesuatu yang tidak rasmi, manakala website adalah kegunaan rasmi. Website mempunyai content yang tetap. Tetapi blog dan media sosial akan diupdate secara kerap.
Risiko yang terdapat di dalam media baru adalah seperti cyberbullying, cybercrime, grooming dan sebagainya.
cyberbullying adalah seperti mencaci, menghina pengguna yang lain. cybercrime juga ditafsirkan sebagai penggodam. Mereka selalunya akan menceroboh privasi kita, scammer dan lain-lain. Manakala grooming pula adalah dimana orang dewasa cuba mendapatkan kepercayaan terutamanya kanak-kanak untuk memberi details berkenaan hal peribadi.
Pembelajaran Media Baru (W9- W10)

Seandainya, jikalau kita ingin menjual sesetengah produk, kita mestilah melihat sasaran pengguna. Kemudian, melihat bagaimana orang lain menjual produk mereka. Semuanya bermula dengan mengumpul data. Pengumpulan data adalah sesuatu dimana mengumpul maklumat yang boleh diguna untuk mengetahui sesuatu perkara.
Kaedah yang sering digunakan adalah dengan cara survey, temu duga, pemerhatian dan sebagainya. Akan tetapi, semua kaedah yang digunakan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Salah satunya, kelebihan survey adalah boleh menjawab tanpa mengetahui diri si penjawab. Keburukannya pula adalah tidak mendapat maklumat dengan penuh.
Apakah itu data collation? Ia merujuk kepada analisis. Sebagai contoh, user persona yang mewakili sasaran pengguna dimana ia selalu berkait dengan tingkah laku dan sejarah penggunaan. Kebiasaannya, semua data dikutip melalui temu duga dan pemerhatian.
Pada minggu ke-10, kami telah mempelajari bagaimana menghasilkan blog untuk tugasan akhir secara berkumpulan
