PM but Work till AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama diberi Sharifah Farah Adilah Binti Syed Ahmed Fuad tetapi jika ingin mengenali diri ini dengan lebih rapat, panggil sahaja dengan panggilan nama smol. Saya merupakan seorang pelajar kelahiran Kuala Lumpur di mana saya juga menetap di Kuala Lumpur. Berumur 19 tahun dan merupakan seorang pelajar Asasi Seni Kreatif, ASWARA yang bertubuh kecil dan rendah.

“Kau boleh buat smol! Aku tau kau boleh! Kitaorang yakin dengan kau!

-Kata salah seorang pelajar yang juga menuntut di Asasi Seni Kreatif, ASWARA
         Saya tak mampu dan saya tetap tidak mampu. Nak tahu kenapa saya cakap saya tak mampu? Hal ini kerana, pada minggu kedua semester ketiga kami, kami diberitahu tentang tugasan projek akhir yang bakal dinilai oleh pensyarah kami iaitu Encik Adika dan Encik Syafiq. Kami membuat undian bagi jawatan yang bakal disandang bersama - sama untuk menjayakan Projek Akhir kami ini. Tetapi, perkara yang amat mengejutkan saya apabila selesai sahaja cabutan undian bagi jawatan stage manager, nama saya terus naik untuk diletakkan kepada jawatan Production Manager.  Bagi saya, untuk menyahut cabaran mengambil jawatan sebagai pengurus produksi bukanlah senang. Ia agak rumit dan terpaksa menempuh onak dan duri untuk menjayakan sesuatu tugasan. 

Nak tahu dengan lebih terperinci apakah itu Production Manager?

PM merupakan seorang yang paling berpengalaman di dalam pengurusan produksi. Beliau merupakan seorang yang harus menyediakan ;

  • Bajet produksi
  • Menentukan bangunan dan lokasi produksi dijalankan
  • Pengangkutan ke lokasi atau produksi dijalankan
  • Pengangkutan ke lokasi dan keluar masuk set dan peralatan
  • Mengawasi urusan teknikal

Bagi jawatan ini juga, terdapat kelayakan yang hendak dipatuhi sebelum dilabel sebagai pengurus produksi. Antaranya;

  • Berpengalaman luas dengan urusan pentadbiran teknikal
  • Berkebolehan menguruskan bajet dengan baik
  • Mahir dalam perundingan
Apabila tamat sahaja kelas pada minggu kedua, bermulalah detik diri saya berubah menjadi seorang pengurus produksi sebaik sahaja saya menang undian ketika di dalam kelas. Perasaan yang agak gementar sehingga saya takut akan setiap perkara yang saya lakukan. Tuah menyebelahi saya apabila saya berada di samping rakan - rakan yang sedia membantu dan memberi sokongan sepenuhnya.

Kerja pertama yang dilakukan oleh saya merupakan kertas kerja bagi meminta penajaan. Pada tarikh sekian..

Leave a comment

Website Built with WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started