Minggu 13
Langsung dan secara tidak langsungnya, Asasi Seni Kreatif Aswara sudah sampai ke penghujung rancangan yang telah ditetapkan oleh pentadbiran Aswara. Saya dengan berbesar hati untuk menerima kedudukan yang baharu iaitu ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujiaan. Terima kasih kepada semua yang membantu saya dalam tempuh 11 bulan berada di Aswara.
Berdasarkan maklumat yang baharu, kita dengan tidak sedarnya mendapati teknologi kini sangat memberi impak kepada kita secara positif dan negatifnya kerana perkara tersebut merupakan rakan karib atau satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, cerita kini seperti Toy Story yang sangat memberi impak kepada semua penonton dari segi perhubungan antara persahabatan atau cinta kepada seseorang. Hal ini juga membuktikan kita yang hidup media baru sangat terpengaruh dalam aspek- aspek sebegini. Maka, kita sebagai ahli media baru perlulah mengikut jejak langkah seperti mereka yang membina idea yang dapat mengubah fikiran seseorang kepada yang lebih baik.
Pembelajaran Media Baru Minggu 12
11 Julai 2019
Pada hari khamis , kami belajar tentang apa netizen. Netizen bermaksud pengguna internet dari gabungan internet dan citizen. Di mana- mana terdapat netizen.
- Sebelum anda hantar mesej atau gambar di media sosial, fikirlah dahulu kerana perkara ini sering dilakukan sehingga terbuka aib sendiri.
Kata laluan atau lebih dikenali sebagai password sering sesetengah manusia sering lupa. Selain itu, penggunaan kata laluan digunakan dengan tarikh lahir atau sebagainya yang orang lain boleh meneka dan membukanya. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil berat sebagai pihak kedua yang mampu mengatasi masalah ini. Kita sebagai pihak pertama perlulah menggunakan kata laluan yang orang lain tidak tahu tentang kata laluan tersebut. Oleh demikian, kita hendaklah mengambil berat tentang diri kita sendiri kerana hal- hal yang remeh- temeh ini merupakan hal yang boleh mengundang masalah yang besar kepada kita secara tidak sedar.
- Jangan menganggap benda kecil tidak dapat membesar ( masalah )
- Selalu mengemas kini tentang kata laluan
Pembelajaran Media Baru Minggu 11
4 Julai 2019
- Cara-cara membuat blog yang terbaik untuk menarik perhatian orang lain
- Melukis berdasarkan arahan yang diberikan selama 5 saat sahaja. Hal ini untuk mengetahui kecekapan kita dalam bertindak dalam kecemasan atau pada minit akhir sesuatu perkara.

Saya melukis dalam 5 saat mengikut arahan daripada Sir Simon.
