Selepas ProSa Mania Reboot, saya telah membantu produksi Neo Disiden dari segi aspek set. Saya ditawarkan secara langsung untuk membina set yang sebesar itu seperti dalam gambar. Saya bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik seperti ProSa Mania Reboot 2019.
Temuduga ๐คจ
Saya dengan berbesar hatinya gembira dengan pencapaian untuk melangkah ke Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian kerana Asasi Seni Kreatif sudah sampai ke penghujungnya. Saya memilih Fakulti Rekaan Komunikasi Visual sebagai pilihan pertama kerana saya sudah bertekad untuk memilih fakulti ini yang saya akan duduki selama 3 tahun. Seterusnya, pilihan kedua saya ialah Fakulti Teater iaitu Sinografi kerana 2 fakulti ini mempunyai persamaan iaitu pembikinan props dan set. Tetapi saya tetap memilih Fakulti Rekaan Komunikasi Visual sebagai pilihan saya.
Seindah khabar dari rupa, saya dipilih dijadikan ahli keluarga kepada Fakulti Rekaan Komunikasi Visual kerana kesungguhan saya melukis dan membuat props untuk ProSa Mania Reboot 2019 dijadikan bukti yang saya ingin memasuki dalam fakulti tersebut.
Kesedihan yang tidak terhingga
7 Julai 2019 – 13 Julai 2019
Saya bertungkus lumus untuk menyiapkan props yang masih dalam usaha baik pulih. Pada hari isnin, kami team prop berjaya menyiapkan beberapa prop seperti tongkat, parang dan cawan. Pada hari selasa, kami sudah mulakan ‘floor painting‘ dengan memasang lino mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh Penolong Artistik iaitu Coco.


Selepas itu, pada hari khamis kami telah menyiapkan lukisan pada lantai yang telah ditetapkan oleh Coco. Pada mulanya kami menyangkakan pekerjaan ini senang dilakukan, tetapi pada pertengahan pekerjaan agak susah untuk dilakukan walaupun ramai yang ingin menolong kami.

Setelah berakhirnya pementasan Reboot, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu dalam pembikinan props yang tidak sempurna akan tetapi perkara ini yang menjadikan jalan cerita Reboot menjadi sempurna.

-Team Set & Props-
Permulaan cerita Propsmater
Pada permulaan, saya ingin menjadi penari atau pelakon akan tetapi terlalu ramai yang ingin menjadi pelakon maka saya menarik diri untuk menjadi krew belakang pentas. Semasa bengkel Asasi yang ketiga, saya telah bertekad untuk membantu produksi ProSa Mania ini dalam segi props sahaja. Dalam pembikinan props bukan mudah sebenarnya kerana kita perlu memikirkan bahan yang cukup dan kualiti untuk kita bina sebuah prop. Setelah mendapat ahli yang mencukupi, kami telah membedah skrip untuk mendapatkan jumlah dan apakah prop yang perlu sahaja.
Pada minggu ke-1 selepas bengkel ke-3, saya mengarahkan ahli saya untuk mencari bahan untuk membuat prop dan kaji selidik harga bahan untuk dibeli. Kami cuma membeli dengan duit sendiri dan membuat tuntutan duit dari bahagian produksi ProSa Mania. Jika tidak mahu, barang yang dibeli boleh disimpan oleh orang yang membeli.


