Pengurus Produksi πŸ•›

LAPORAN TERAKHIR KU

Pada minggu ini, saya lebih teruja untuk menceritakan tentang perjalanan team saya iaitu Pengurus Produksi selepas selesainya persembahan kami selama dua hari itu. Segala persiapan telah dilakukan sejak dua bulan lepas di mana kami diberi tanggungjawab masing – masing untuk mengendalikan tugas kami. Segala onak dan duri telah kami hadapi bersama dan ikatan persahabatan kami mulai rapat dan kukuh seperti isi dan kuku.

Kisah ini bermula selepas jeritan,

 β€œYEAYYY AKHIRNYA SEGALANYA SELESAI”

JERITAN SEMUA PELAJAR ASASI SENI KREATIF 2018/2019

Seperti kebiasaan, sedikit perbincangan dilakukan bagi setiap produksi selepas tamatnya persembahan. Kami selaku Pengurus Produksi tampil ke hadapan kesemua pelajar bagi mengucapkan sepatah dua kata. Suasana mulai sedih apabila kami dengan ini meletakkan jawatan kami sebagai Pengurus Produksi. Sama juga dengan yang lain, kami agak sedih dan terasa amat dekat untuk meninggalkan kesemua pelajar dan mula berpisah. Tiada lagi gelak ketawa bersama dan tiada lagi menghadiri kelas bersama.

Sedih! Sedih! Sedih!

ASASI NAK HABIS DAH 😦

Siapa cakap tak sedih? Lagi – lagi saya yang sedang berdiri di hadapan khalayak ramai. Selama setahun kami bersama kini hanya tinggal satu minggu sebelum perpisahan kami terjadi. Tetapi kami tetap percaya segala pertemuan pasti ada perpisahan.Akhir kata saya pada ketika itu, hanya lah saya bersyukur untuk segalanya.Kami menjadi seperti sebuah keluarga dimana kami saling melengkapi dan mengisi kekosongan diri setiap pelajar. Keluarga Asasi 2018/2019 tidak akan berpisah walau berlainan negeri mahupun negara.

Siapa sahaja pasti mengetahui tentang prosedur yang harus dijalani selepas show selesai. Jadi, bagi melengkapkan laporan akhir prosa mania ini, kami diminta untuk menyediakan SWOT Analysis (Strength,Weakness,Opportunities and Threats). Segala bentu kekuatan, kelemahan dan segalanya haruslah disenaraikan bagi membantu proses pembelajaran kami. Penilaian juga bakal diambil bagi sesetengah pelajar yang mengambil kursus Pemasaran Seni dan Pengurusan Seni.Bagi kumpulan kami iaitu Pengurus Produksi, terdapat beberapa slide power point yang telah kami sediakan untuk dibentangkan. Di sini, kami mula mengetahui dimana kesalahan dan peluang  yang harus kami capai.

Terdapat banyak kelebihan  yang kami dapati dari melakukan SWOT Analysis. Antaranya ialah kami bakal menerima teguran dan juga nasihat yang membimbing kami dan memberi kami kefahaman yang lebih luas dan mendalam. Segalanya bakal dibentangkan dan diketahui ramai.

Bukan SWOT Analysis sahaja yang kami perlu sediakan sebagai seorang pelajar. Terdapat juga perkara yang lain yang harus kami sediakan sepanjang minggu ke empat belas iaitu mulai pada 22 Julai 2019 sehingga 26 Julai 2019. Antaranya ialah,

  1. Kertas Kerja
  2. Master Calendar
  3. Senarai Produksi
  4. Checklist
  5. Cashflow beserta resit
  6. Purchasing list
  7. Laporan setiap minggu
  8. Swot Analysis
PENGETAHUAN AM TENTANG TUGAS PENGURUS PRODUKSI
LAPORAN PRE-PRODUCTION
LAPORAN SEMASA PRODUKSI
LAPORAN SEMASA PRODUKSI II
LAPORAN POST – PRODUKSI

PM but Work till AM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama diberi Sharifah Farah Adilah Binti Syed Ahmed Fuad tetapi jika ingin mengenali diri ini dengan lebih rapat, panggil sahaja dengan panggilan nama smol. Saya merupakan seorang pelajar kelahiran Kuala Lumpur di mana saya juga menetap di Kuala Lumpur. Berumur 19 tahun dan merupakan seorang pelajar Asasi Seni Kreatif, ASWARA yang bertubuh kecil dan rendah.

“Kau boleh buat smol! Aku tau kau boleh! Kitaorang yakin dengan kau!

-Kata salah seorang pelajar yang juga menuntut di Asasi Seni Kreatif, ASWARA
         Saya tak mampu dan saya tetap tidak mampu. Nak tahu kenapa saya cakap saya tak mampu? Hal ini kerana, pada minggu kedua semester ketiga kami, kami diberitahu tentang tugasan projek akhir yang bakal dinilai oleh pensyarah kami iaitu Encik Adika dan Encik Syafiq. Kami membuat undian bagi jawatan yang bakal disandang bersama - sama untuk menjayakan Projek Akhir kami ini. Tetapi, perkara yang amat mengejutkan saya apabila selesai sahaja cabutan undian bagi jawatan stage manager, nama saya terus naik untuk diletakkan kepada jawatan Production Manager.  Bagi saya, untuk menyahut cabaran mengambil jawatan sebagai pengurus produksi bukanlah senang. Ia agak rumit dan terpaksa menempuh onak dan duri untuk menjayakan sesuatu tugasan. 

Nak tahu dengan lebih terperinci apakah itu Production Manager?

PM merupakan seorang yang paling berpengalaman di dalam pengurusan produksi. Beliau merupakan seorang yang harus menyediakan ;

  • Bajet produksi
  • Menentukan bangunan dan lokasi produksi dijalankan
  • Pengangkutan ke lokasi atau produksi dijalankan
  • Pengangkutan ke lokasi dan keluar masuk set dan peralatan
  • Mengawasi urusan teknikal

Bagi jawatan ini juga, terdapat kelayakan yang hendak dipatuhi sebelum dilabel sebagai pengurus produksi. Antaranya;

  • Berpengalaman luas dengan urusan pentadbiran teknikal
  • Berkebolehan menguruskan bajet dengan baik
  • Mahir dalam perundingan
Apabila tamat sahaja kelas pada minggu kedua, bermulalah detik diri saya berubah menjadi seorang pengurus produksi sebaik sahaja saya menang undian ketika di dalam kelas. Perasaan yang agak gementar sehingga saya takut akan setiap perkara yang saya lakukan. Tuah menyebelahi saya apabila saya berada di samping rakan - rakan yang sedia membantu dan memberi sokongan sepenuhnya.

Kerja pertama yang dilakukan oleh saya merupakan kertas kerja bagi meminta penajaan. Pada tarikh sekian..

Website Built with WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started