
Ini, Kami


25/7/2019
Tenanglah sahabat
Malaikat Tuhan masih berkubu denganmu
Biar juta balistik memaki dada
takkan diam deru ombak kepercayaanmu Pada Dia yang Esa
Lenalah sahabat
jangan kau gentar pada api – api mereka
kerana langit tetap memeluk kau dengan embun yang paling damai
Gertak mereka sahabat
batu yang kau genggam Itu ditempa khas dari neraka
kepada kepala si celaka celaka zionis
yang bagai anak kecil bersembunyi dibalik percikan api laras senapang
Hahaha
mata keadilan tak pernah buta
mungkin batu lebih banyak melihat
dari mata-mata yang buta dan telinga-telinga yang saja menjadi tuli
17 & 18 Julai 2019
SESI TEMUDUGA IJAZAH SARJANA MUDA BERLANGSUNG
Tamat sudah perjalanan saya selama berada di pengajian Asasi Seni Kreatif 2018/2019. Kini, kami semua baru sahaja seminggu melepasi sesi temuduga iaitu pada 17 & 18 Julai 2019 untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Mudapada bulan 9. Kami diberi dua kursus dimana ia merupakan kursus terakhir kami di peringkat Asasi. Sama seperti saya, saya telah mengambil dua subjek iaitu Pengurusan Seni dan Teater. Jadi, saya hendaklah melepasi kedua – dua temuduga untuk meneruskan karier sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda.
P E N G U R U S A N ?
Continue reading “Pengurusan atau Teater?”Setiap lukisan mempunyai makna tersendiri. Satu garis lurus atau bengkok, titik bertemu titik, dan warna yang berbeza ada maknanya. Anda seorang pelukis. Cantik dan buruk itu adalah perkara nombor 2 tetapi karya yang anda lukis atau cipta itu sendiri adalah nombor 1. Kualiti yang diperolehi baru boleh menilai diri pengkarya tersebut.
Continue reading “Karya itu diri anda sendiri”Jangan fikir anda seorang yang tidak pandai melukis kerana setiap contengan adalah lukisan.
Sila hargai diri anda
Pada minggu ini, saya lebih teruja untuk menceritakan tentang perjalanan team saya iaitu Pengurus Produksi selepas selesainya persembahan kami selama dua hari itu. Segala persiapan telah dilakukan sejak dua bulan lepas di mana kami diberi tanggungjawab masing – masing untuk mengendalikan tugas kami. Segala onak dan duri telah kami hadapi bersama dan ikatan persahabatan kami mulai rapat dan kukuh seperti isi dan kuku.
Kisah ini bermula selepas jeritan,
JERITAN SEMUA PELAJAR ASASI SENI KREATIF 2018/2019
“YEAYYY AKHIRNYA SEGALANYA SELESAI”
Seperti kebiasaan, sedikit perbincangan dilakukan bagi setiap produksi selepas tamatnya persembahan. Kami selaku Pengurus Produksi tampil ke hadapan kesemua pelajar bagi mengucapkan sepatah dua kata. Suasana mulai sedih apabila kami dengan ini meletakkan jawatan kami sebagai Pengurus Produksi. Sama juga dengan yang lain, kami agak sedih dan terasa amat dekat untuk meninggalkan kesemua pelajar dan mula berpisah. Tiada lagi gelak ketawa bersama dan tiada lagi menghadiri kelas bersama.
Continue reading “LAPORAN TERAKHIR KU”Sedih! Sedih! Sedih!
ASASI NAK HABIS DAH 😦
Hari- hari terakhir saya bergelar seorang production manager..
Pada 12 & 13 Julai 2019, telah berlakunya sebuah pementasan yang selami ini kami nanti – nantikan. Pementasan total theater di mana pentas panggung eksperimen di gemparkankan oleh kesemua pelajar Asasi Seni Kreatif 2018/2019.
Pada minggu hari Prosa, saya sebagai Production Manager amat sibuk akan kerja dan juga tugas sebagai seorang pelajar. Disebabkan saya merupakan pelajar yang mengambil khursus Pengurusan Seni, maka saya bakal dinilai dan diberi grad kepuasan oleh pensyarah yang telah mengajar saya. Hari berganti hari, telah banyak saya lakukan demi kejayaan sebuha produksi. Titik peluh kami semua tidak lagi kami endahkan kerana disitu lah bukti kesungguhan dan juga onak dan duri yang perlu kami tempuhi.
Tugas kami berlainan, sama juga seperti saya. pada minggu ini, terdapat banyak pembuatan checklist di mana ia amat membantu kerja saya yang agak padat dan jadual yang agak berterabur. Tujuan checklist diadakan adalah untuk memudahkan kerja dengan menyenarai pelbagai aktiviti atau kerja yang harus kami selesaikan sebelum tibanya waktu yang telah ditetapkan.
Continue reading “Kepenatan ku berbaloi”
Sekiranya ini merupakan kenangan terakhir, anggap ini kenangan yang terindah buat kita semua.
Read moreAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Nama diberi Sharifah Farah Adilah Binti Syed Ahmed Fuad tetapi jika ingin mengenali diri ini dengan lebih rapat, panggil sahaja dengan panggilan nama smol. Saya merupakan seorang pelajar kelahiran Kuala Lumpur di mana saya juga menetap di Kuala Lumpur. Berumur 19 tahun dan merupakan seorang pelajar Asasi Seni Kreatif, ASWARA yang bertubuh kecil dan rendah.
Continue reading “PM but Work till AM”“Kau boleh buat smol! Aku tau kau boleh! Kitaorang yakin dengan kau!
-Kata salah seorang pelajar yang juga menuntut di Asasi Seni Kreatif, ASWARA