25/7/2019
Tenanglah sahabat
Malaikat Tuhan masih berkubu denganmu
Biar juta balistik memaki dada
takkan diam deru ombak kepercayaanmu Pada Dia yang Esa
Lenalah sahabat
jangan kau gentar pada api – api mereka
kerana langit tetap memeluk kau dengan embun yang paling damai
Gertak mereka sahabat
batu yang kau genggam Itu ditempa khas dari neraka
kepada kepala si celaka celaka zionis
yang bagai anak kecil bersembunyi dibalik percikan api laras senapang
Hahaha
mata keadilan tak pernah buta
mungkin batu lebih banyak melihat
dari mata-mata yang buta dan telinga-telinga yang saja menjadi tuli
Tetaplah melastik awan dengan kemohonan moga tuhan hujankan kedamaian buat mu
peluklah anak anakmu kerana
esok belum tentu suria memilih kita
tidak lemah walau mata roket sentiasa mengintai darahmu
walau guruh menggigith igau
kau gentis jua bunga pertiwi
hingga harum gugur pohon keberanian
Tuhan tetap ada di segenap irismu
walau tanahmu menjadi medan bergelimpangan darah
Tetaplah tenang sahabat
kerana kita masih melawan.
Terima kasih kepada semua

Leave a comment